Shahidan hadap Lembaga Disiplin UMNO selama satu jam
Iklan
Shahidan (kiri) meninggalkan bangunan UMNO, Kuala Lumpur selepas satu jam menghadap Lembaga Disiplin UMNO pada Khamis.
KUALA LUMPUR - Ketua UMNO bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim meninggalkan bangunan UMNO, di sini selepas satu jam menghadap Lembaga Disiplin parti tersebut.
Beliau yang berbaju batik biru itu dibawa menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam sambil diiringi setiausaha sulitnya bersama beberapa penyokong UMNO bahagian Arau, Perlis.
Iklan
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Shahidan hadap Lembaga Disiplin UMNO hari ini
Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO bahagian Arau, Syed Atif Syed Abu Bakar telah menghantar surat kepada Setiausaha Agung, Datuk Ahmad Maslan menggesa supaya Shahidan dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO.
Iklan
Syed Atif mendakwa, pelanggaran disiplin berlaku ketika Shahidan hadir pada Majlis Perasmian Berkelompok Mesyuarat Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Arau di Pusat Khidmat Kubang Gajah, Kangar, Perlis pada 17 OKtober lalu.
Antara kesalahan tersebut ialah mengibarkan bendera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama-sama bendera UMNO sebagai hiasan di ruang majlis perasmian mesyuarat UMNO bahagian Arau.
Iklan
Selain itu, Shahidan turut didakwa mengedarkan draf usul yang jelas bertentangan dengan keputusan parti kepada ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua sayap cawangan, malah membuat ucapan yang bertentangan dengan keputusan parti kepada ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua sayap cawangan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'"><meta itemprop="description" content="'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kedudukannya sebagai Perdana Menteri tidak terjejas walau apa juga keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengingatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan tidak menjadikan pilihan raya sebagai medan permusuhan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786379/berita/politik/kalah-atau-menang-prn-johor-saya-tetap-perdana-menteri
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.
? pru.sinarharian.com.my"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-04T10:28:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P151S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xalbuji"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xalbuji"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xalbuji"></script>