Isco, Alaba tambah senarai pemain Real dijangkiti Covid-19

Iklan
Alaba dan Isco antara pemain terbaru Real dijangkiti Covid-19

PEMAIN tengah Sepanyol, Isco dan tonggak pertahanan Austria, David Alaba menyertai senarai pemain Real Madrid yang dijangkiti virus Covid-19 kata kelab itu dalam satu kenyataan pada Selasa.

"Real Madrid mengesahkan pemain kami iaitu Isco dan David Alaba disahkan positif Covid-19," kata Real Madrid.

Iklan
Iklan

Kedua-dua pemain itu menyertai enam pemain lain yang dijangkiti virus tersebut iaitu Marco Asensio, Gareth Bale, Andriy Lunin, Rodrygo, Luka Modric dan Marcelo serta penolong jurulatih Davide Ancelotti.

Berita itu nyata satu tamparan yang hebat buat Real apabila dijadual bertemu Athletic Bilbao pada awal pagi Khamis.

Iklan
Iklan

Mengikut protokol liga, sesebuah kelab itu perlu mempunyai 13 pemain dengan sekurang-kurangnya lima daripada merupakan pemain utama dan satu penjaga gol untuk dibenarkan bermain.