31 individu diberkas pecah masuk pasar raya

Iklan
Video tular memaparkan sekumpulan individu memecah masuk beberapa kedai serbaneka di Taman Sri Muda.

SHAH ALAM - Seramai 31 individu diberkas dipercayai terlibat dalam kejadian pecah masuk sebuah pasar raya di Taman Sri Muda, di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kesemua suspek ditahan merupakan warga asing.

Iklan
Iklan

"Suspek ditahan terdiri 10 warganegara Indonesia, tujuh warganegara Bangladesh, sembilan warganegara Nepal dan lima warganegara Myanmar.

"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Pada Isnin, tular klip video berdurasi 11 saat memaparkan kejadian sekumpulan individu memecah masuk beberapa buah kedai serbaneka di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Seikhlas hati, saya halalkan...'

Iklan

Mangsa banjir pecah masuk kedai cari makanan