53,109 ahli PKN sertai Parti Bangsa Malaysia
Iklan
Nor Hizwan ketika pelancaran agenda ‘The Great Reset 2030’ yang menumpukan enam tunjang utama dalam PBM di Hotel Acmar, Klang, Selangor pada Selasa.
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Seramai 53,109 orang daripada sayap Penggerak Komuniti Negara (PKN) di seluruh negara akan menyertai parti politik baharu iaitu Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Presiden PKN, Nor Hizwan Ahmad berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu bersetuju menyertai PBM dengan agenda 'The Great Reset 2030' yang menumpukan pada enam tunjang utama.
Iklan
Iklan
"Ini termasuk agenda pelbagai kaum, mengangkat martabat orang muda pada tempatnya, golongan wanita, pendidikan, ekonomi, sains dan teknologi.
"Golongan wanita dan anak muda secara khususnya akan menjadi tumpuan utama di mana kita mengambil kesempatan daripada Undi 18 yang akan dijalankan nanti," katanya pada sidang media di Hotel Acmar, Klang, Selangor pada Selasa.
Iklan
Mengulas lanjut mengenai presiden parti itu, Nor Hizwan berkata, beliau dimaklumkan sedang berbincang antara pihak parti dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Ujarnya, mereka dimaklumkan oleh Timbalan Presiden, Larry Sng bahawa parti tersebut diarahkan untuk membuat satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) baharu dan pimpinan parti juga sedang mempertimbangkan beberapa nama untuk dicadangkan kepada ahli-ahli parti sebagai presiden.
Iklan
"Saya juga agak terkejut kerana parti ini baharu tetapi nama-nama yang datang agak besar.
"Bagaimanapun, saya tidak dapat memberi maklumat antara nama-nama tersebut kerana ini adalah hari pertama saya menjadi ahli parti.
"Saya serahkan kepada kepimpinan parti kerana tidak mahu memberi maklumat yang salah," jelasnya.
Beliau berkata, pelancaran The Great Reset 2030 pada Selasa akan menggerakkan usaha parti untuk merekrut lebih ramai ahli terutamanya wanita, milenial dan Gen Z.
PBM kata beliau, tidak melihat dirinya sebagai parti politik alternatif tetapi sebagai kuasa utama dalam arena politik nasional.
"Kami di sini bukan untuk menjadi parti politik kelas kedua tetapi untuk menggegarkan negara.
"Kita sebagai sebuah negara tidak boleh lagi bergantung pada sistem politik lapuk yang berasaskan etnik kerana ia terbukti tidak mampu membawa kita ke arah yang lebih maju," kata beliau.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Empat negeri yang diterajui UMNO akan menggerakkan jentera bahagian dari seluruh negeri bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jentera bahagian dari Melaka, Johor, Pahang dan Perak akan digerakkan segera.
Ahmad yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat menjelaskan, penghantaran jentera dari empat negeri itu membuktikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
Jelasnya, setiap negeri akan menjaga dua kawasan pusat daerah mengundi (PDM) dan kemungkinan jumlah diperlukan seramai 10 orang bagi satu PDM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662818/berita/politik/prk-kkb-umno-gerak-jentera-dari-empat-negeri-bantu-kempen
#SinarHarian #SinarLive #PRKKKB #jenteraUMNO #pilihanrayakecil