Perkhidmatan tren kargo dari Pelabuhan Klang digantung sementara
Iklan
Gambar KTMB
KUALA LUMPUR - Semua perkhidmatan tren kargo Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Pelabuhan Klang akan digantung sementara sehingga paras air banjir di stesen Batu Tiga surut dan landasan di sektor Padang Jawa dan Shah Alam pulih.
Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd Zain Mat Taha dalam kenyataan berkata, selain itu tiada perkhidmatan tren komuter penumpang dari stesen Batu Tiga menuju ke stesen Pelabuhan Klang dan sebaliknya berikutan banjir dan tanah mendap di antara Padang Jawa dan Shah Alam,
Iklan
Iklan
"Bagi perkhidmatan KTM Komuter Pelabuhan Klang - Tanjung Malim - Pelabuhan Klang, tren dari KL Sentral menuju ke Pelabuhan Klang akan ditamatkan di stesen Subang Jaya dan berpatah balik ke KL Sentral,” katanya.
Penumpang yang terjejas boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh atau menukar tarikh perjalanan melalui e-wallet KITS atau di kaunter mengikut terma dan syarat.
Iklan
Hujan lebat sejak semalam juga menyebabkan beberapa operasi perkhidmatan tren penumpang di sektor Pantai Timur dan Lembah Klang terjejas berikutan banjir.
Beliau berkata, angin kuat telah menyebabkan pokok tumbang dan merosakkan alat talian atas, landasan juga ditenggelami air di beberapa tempat yang menyebabkan kelewatan serta pembatalan tren.
Iklan
"KTMB terpaksa membatalkan beberapa perkhidmatan tren demi keselamatan penumpang. Justeru kami (KTMB) memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi,” kata Mohd Zain.
Sementara itu, semua perkhidmatan ETS beroperasi seperti biasa dan perkhidmatan KTM Intercity Ekspres Rakyat Timuran, perkhidmatan tren nombor 26 dan 27 laluan Kempas Baru akan beroperasi seperti biasa.
Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>