Banjir: Terengganu tawar bantuan kepada Selangor

Iklan
Ahmad Samsuri

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu bersedia menghulurkan bantuan kepada Selangor yang kini terjejas teruk akibat banjir di negeri itu sejak Sabtu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau sudah menghubungi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada Ahad bagi menyampaikan hasrat tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya telah menghubungi Datuk Seri Amirudin Shari menerusi telefon sebentar tadi dan menawarkan apa jua bentuk bantuan yang boleh kerajaan negeri Terengganu berikan bagi menguruskan suasana kritikal sedang dihadapi rakyat Selangor.

"Beliau mengucapkan terima kasih dan akan terus berkomunikasi untuk sebarang keperluan,” katanya dalam satu hantaran terbaru melalui Facebook rasmi beliau pada Ahad.

Iklan

Banjir yang melanda Selangor ketika ini dianggap antara terburuk dalam tempoh tujuh tahun membabitkan seramai 9,770 penduduk sudah dipindahkan setakat ini.

Sehingga jam 2.30 petang Ahad, sebanyak 66 pusat pemindahan sementara (PPS) sudah dibuka bagi menempatkan 3,727 keluarga yang terjejas.

Iklan

Bencana itu juga menyaksikan ratusan kenderaan terperangkap di jalan raya akibat tersekat selepas sebahagian besar laluan ditenggelami air.