97.4 populasi dewasa Malaysia lengkap divaksin

Iklan
Seramai 23,118,828 individu atau 98.7 peratus daripada golongan dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seramai 22,811,773 individu atau 97.4 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam Sabtu.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman CovidNow, seramai 23,118,828 individu atau 98.7 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Iklan
Iklan

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 86.9 peratus atau 2,734,262 telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,832,995 atau 90 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, sebanyak 71,650 vaksin diberikan semalam melibatkan 1,230 dos pertama, 1,932 dos lengkap dan 68,488 dos penggalak.

Iklan

Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 55,803,470 dos, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini 4,500,495. - Bernama

Iklan