Banjir di sekitar Shah Alam belum pulih

Iklan

SHAH ALAM - Banjir di sekitar Shah Alam belum menunjukkan sebarang perubahan pada ketika ini.

Tinjauan Sinar Harian pada 8 pagi Ahad di Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), kenderaan menuju ke Kota Kemuning diarahkan berpatah balik ekoran banjir di lebuhraya itu berhampiran Aeon Big di Seksyen 23 di sini.