PRN Sarawak: Abang Jo menang mudah di Gedong

Iklan
Abang Johari Tun Openg

KUCHING - Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menang mudah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 dengan majoriti besar 3,607 undi.

Mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS), beliau memperoleh 4,310 undi dan menewaskan tiga calon muka baharu daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) Mohamad Sofian Fariz Sharbini yang memperoleh 703 undi, Kamal Bujang daripada Parti Amanah Negara (Amanah) 94 undi dan Tomson Ango daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK) 157 undi.

Iklan
Iklan

Dua calon iaitu Kamal dan Tomson turut hilang deposit.

Keputusan rasmi DUN itu diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Iklan

Ini merupakan kali pertama Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu bertanding di luar kawasan tradisinya iaitu Satok selepas sembilan penggal menjadi penyandang di kerusi DUN berkenaan.

DUN Gedong, yang mempunyai 7,208 pengundi terdiri daripada 3,508 lelaki serta 3,700 wanita, berada di bawah Parlimen Batang Sadong dan terletak kira-kira sejam setengah perjalanan dari Kuching.

Iklan

Kira-Kira 60 peratus pengundi di kawasan itu adalah Melayu, 30 peratus Iban dan 10 peratus etnik lain.

Ia merupakan kawasan DUN baharu yang dibentuk selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2015. - Bernama