Kedudukan Ismail Sabri dalam parti diputuskan pada pemilihan UMNO
Iklan
Mahdzir (tengah) ketika hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap di Pusat Khidmat Komuniti, Kampung Padang Kerasak, Naka di sini pada Sabtu.
PADANG TERAP - Kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam parti lebih sesuai diputuskan pada pemilihan parti akan datang.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, seeloknya biar ahli parti yang menentukan sama ada Ismail Sabri yang juga merupakan Naib Presiden UMNO wajar diangkat sebagai Presiden atau Timbalan Presiden parti.
Iklan
Iklan
Menurutnya, perkara itu perlu diputuskan oleh akar umbi atau kepimpinan UMNO peringkat bahagian di seluruh negara.
"Soal ini kita perlu kembalikan kepada ahli parti atau kepimpinan UMNO bahagian. Ia berkaitan soal pemilihan kepimpinan tertinggi parti.
Iklan
"Ia berbeza sama sekali dengan usul yang kita luluskan, yang menyokong kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri hingga tamat penggal pada 2023 selain memilih Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ PRU15,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap di Pusat Khidmat Komuniti, Kampung Padang Kerasak, Naka di sini pada Sabtu.
Mahdzir berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Ismail Sabri wajar diangkat untuk memegang jawatan Presiden atau Timbalan Presiden susulan prestasi cemerlang dalam mentadbir negara selain sebagai sandaran bagi memulihkan imej UMNO yang memerlukan pemimpin berimej bersih.
Iklan
Mengulas lanjut, Mahdzir menegaskan, sebolehnya pihaknya mahukan supaya Perdana Menteri merupakan orang sama yang menguruskan urusan berkaitan parti.
"Namun kalau boleh, kita mahu orang yang sama uruskan urusan parti. Apa pun, ia harus dikembalikan kepada peringkat bahagian dan akar umbi untuk putuskan pada pemilihan parti,” katanya.
Dalam ucapannya sebelum itu, Mahdzir berkata, UMNO kini sedang bangkit secara perlahan namun dengan penuh iltizam demi kesatuan dan perpaduan dalam parti.
"Kita simpati terhadap pemimpin UMNO yang bergelut dengan kes mahkamah, kita doakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak dirahmati ALLAH SWT. Mereka adalah sebahagian pemimpin kita namun UMNO mesti diteruskan.
"Parti akan menentukan masa depan generasi akan datang, ia harus diperkemaskan untuk hadapi PRU15. UMNO mesti diperkasakan dan kita mesti ada tampuk kuasa, kalau kita tiada kuasa hanya boleh bersyarah saja. Oleh itu, kita perlu pastikan menang sebahagian besar kerusi ditandingi agar dapat menubuhkan kerajaan,” katanya lagi.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.