'Kuota khas SBP untuk anak nelayan'

Iklan
Muhammad Faiz Fadzil

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan diminta menyediakan satu kuota khas kepada anak-anak nelayan yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, kerajaan bukan sahaja harus memastikan semua anak nelayan mendapat pendidikan yang sempurna, tetapi harus juga memberikan peluang kepada mereka mendapat pendidikan yang lebih baik dengan menempatkan mereka yang cemerlang dalam UPSR di sekolah berasrama penuh atau berprestasi tinggi.

Iklan
Iklan

Menurutnya hampir 10 peratus nelayan tidak mempunyai pendidikan yang sempurna dan keadaan ini harus dibaiki.

"Justeru, saya merayu kepada Kementerian Pendidikan untuk memberikan satu kouta khas kepada anak-anak nelayan ini," katanya.

Iklan

Muhammad Faiz menegaskan, jurang ekonomi antara nelayan dan segmen lain harus dikurangkan.

"Pendidikan adalah instrumen paling ampuh untuk meningkatkan sosio-ekonomi kehidupan nelayan.

Iklan

Peluang pendidikan yang lebih baik kepada anak nelayan mampu mengubah sosio-ekonomi nelayan di masa hadapan,"katanya.

Tambah beliau, peluang pendidikan yang lebih baik juga akan mendedahkan anak nelayan kepada ilmu teknologi perikanan yang baharu dan canggih bagi meningkatkan mutu industri perikanan.

Pada masa yang sama beliau mengucapkan tahniah kepada anak-anak nelayan yang berjaya memperolehi kejayaan cemerlang dalam UPSR.