Tiada sebarang perbincangan mengenai kerjasama bersama PN: Anwar
Iklan
Anwar - Foto Bernama
PORT DICKSON - Tiada sebarang perbincangan dalam Pakatan Harapan (PH) berhubung cadangan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, pandangan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkenaan cadangan itu adalah bersifat peribadi dan pihaknya menjelaskan PKR tidak pernah memberikan idea itu.
Iklan
Iklan
"Itu pandangan peribadi beliau, ia belum pun diangkat...kami dalam parti tidak melontarkan idea seperti itu kerana terlalu banyak implikasi.
"Terlalu awal dan tidak berbangkit sama sekali peringkat sekarang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta menyampaikan sumbangan peringkat Parlimen Port Dickson di sini pada Sabtu.
Iklan
Media sebelum ini melaporkan, Idris mencadangkan agar PH dan PN bekerjasama pada PRU15 kerana agak sukar untuk PH mendapatkan sokongan, sekiranya memilih bergerak sendirian tanpa kerjasama parti lain. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>