Cuaca buruk dijangka berterusan di Kelantan dan Pahang
Iklan
SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat jingga dengan hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan dan Pahang sehingga Ahad.
MetMalaysia menerusi perkongsian di Facebook miliknya pada Sabtu berkata, di Kelantan, ia membabitkan kawasan Gua Musang, manakala di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran dan Kuantan.