UMNO Selayang mohon restu Pusat benarkan MN diteruskan
Iklan
Zaidy (kanan) bersama Abdul Shukur (dua dari kanan) ketika menghadiri perasmian Mesyuarat UMNO Selayang di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh pada Sabtu.
SUNGAI BULOH - UMNO Selayang memohon restu pucuk pimpinan parti Pusat supaya kerjasama Muafakat Nasional (MN) diteruskan di Selangor.
Pengerusi UMNO Selayang, Datuk Abdul Shukur Idrus berkata, MN di Selangor masih kukuh dan sudah merangka agenda untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Iklan
Iklan
Beliau berkata, kerjasama dua parti Melayu terbesar itu diyakini mampu menggugat pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di Selangor pada PRU15 nanti.
"Jumlah pengundi Melayu di Selangor sama dengan bilangan kaum lain. Kita yakin penyatuan parti Melayu yang besar ini mampu mengambil alih negeri ini.
Iklan
"Dengan itu, MN akan terus kukuh di Selangor," katanya pada perasmian Mesyuarat UMNO Selayang di Kelab Rahman Putra di sini pada Sabtu.
Abdul Shukur menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian Mesyuarat UMNO Selayang di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh pada Sabtu.
Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Yang Dipertua Pas Selayang, Zaidy Abdul Talib.
Iklan
Beliau tidak menafikan bahawa bukan mudah untuk menyatukan orang Melayu dalam satu parti, bagaimanapun katanya, itu adalah perkara biasa dan kedua-dua parti tidak tergugat dengan cabaran berkenaan.
"Menjadi perkara biasa untuk menyatukan bangsa kita. Kena hadapi ranjau dan duri, namun UMNO dan Pas di Selangor tidak tergugat.
"Insya-ALLAH, MN akan menghadapi PRU15 bersama-sama untuk mengambil alih kerajaan PH di Selangor.
"Saya berharap pucuk pimpinan Pas dan UMNO di peringkat Pusat mengizinkan supaya MN Selangor meneruskan agenda kami," ujar beliau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>