Model rangkaian 5G: KKMM, Kementerian Kewangan dapatkan maklum balas

Iklan
Annuar (tengah) semasa sidang media selepas perasmian mesyuarat berkenaan.

KOTA BHARU - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Kementerian Kewangan akan menyerahkan kertas jemaah menteri mengenai keputusan untuk menggunakan model pelaksanaan rangkaian 5G dalam waktu terdekat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara berkenaan diputuskan diperingkat kementerian dan perbincangan telah dilakukan pihaknya dengan Kementerian Kewangan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, atas permintaan ahli pembangkang, pertemuan dengan pihak pengurusan tertinggi Digital Nasional Bhd (DNB) telah dilakukan melibatkan ahli Parlimen dan mereka yang berkenaan.

"Semua pengurusan DNB hadir semalam dan ahli-ahli Parlimen pembangkang mengambil bahagian dalam taklimat berkenaan.

Iklan

"Cuma kita tunggu laporan terakhir pertemuan dengan pembangkang dan selepas itu kedua-dua kementerian akan bentangkan kertas kepada jemaah menteri dalam masa terdekat," katanya.

Annuar sebelum itu merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di sini pada Jumaat.

Iklan

Annuar diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu video di Facebook milik pemimpin itu yang didakwa berkata DNB boleh menjadi skandal yang lebih besar daripada 1 Malaysia Developement Berhad (1MDB).

Mengulas lanjut, Annuar memberitahu, pihaknya mengambil pendirian secara terbuka dengan menjalankan sesi libat urus dengan semua pihak bagi memastikan kerajaan melakukan ia secara telus.

Katanya, perkara demikian tidak berlaku dalam isu 1MDB sebelum ini dan pelaksanaan DNB dilakukan mengikut prosedur yang sepatutnya.

"Insya-ALLAH, minggu ini akan kita akan edarkan kertas jemaah menteri berkenaan supaya semua kementerian boleh beri maklum balas dan setelah mendapat pandangan daripada semua kementerian, kita akan bawa kepada sidang jemaah menteri,"katanya.