Harimau dapat tonik semangat berdepan Garuda
Iklan
Para pemain Harimau Malaya giat menjalani latihan sebagai persiapan berdepan Indonesia pada Ahad.
NASIB malang yang menimpa Harimau Malaya pada kejuaraan Piala Suzuki AFF 2020 bakal berakhir selepas kesemua 24 pemain kecuali dua tonggak pertahanan Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Shahrul Saad cergas untuk diturunkan menjelang pertemuan menentang Indonesia pada Ahad ini.
Perkembangan itu hadir selepas pengendali Tan Cheng Hoe mengesahkan pemain sayap, Akhyar Rashid akan kembali memperkuatkan cabaran negara selain tonggak tengah, Junior Eldstal yang cedera sebelum bermotivasi untuk membantu pasukan.
Iklan
Iklan
Malah skuad negara diperkuatkan dengan kehadiran pemain kacukan, Dion Cools yang juga sudah melaporkan diri bersama skuad kebangsaan dan bersedia untuk dipertaruhkan di bahagian pertahanan tengah.
Menurut Cheng Hoe, kehadiran para pemain itu sedikit sebanyak memberi impak positif kepada pasukan selain memberikan banyak pilihan buat dirinya untuk membuat percaturan yang sesuai sebagai persediaan menentang skuad Garuda.
Iklan
"Akhyar akan habiskan kuarantin dia esok, dan mungkin boleh sertai latihan bersama rakan sepasukan yang lain. Tapi saya akan lihat situasi dia dulu sama ada kena buat satu program latihan untuknya bersama jurulatih kecergasan.
"Junior juga sudah pulih dan sudah sertai latihan dan dia nampak baik. Kita akan terus pantau dia dalam baki sesi latihan yang ada untuk lihat dia sudah bersedia untuk diturunkan atau tidak.
Iklan
"Bagi Cools pula, saya ada jumpa dia di hotel pagi tadi dan dia dilihat cukup bermotivasi. Harap kehadirannya boleh beri keseimbangan dan kekuatan tambahan kepada pasukan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>