Mercedes batal buat rayuan, Verstappen kekal juara F1

Iklan
Max Verstappen FOTO: AFP

PASUKAN Mercedes, Lewis Hamilton membatalkan rancangan merayu keputusan Grand Prix (GP) Abu Dhabi, sebaliknya mengucapkan tahniah kepada Max Verstappen yang muncul juara dunia Formula Satu (F1).

Verstappen dari pasukan Red Bull, merangkul kejuaraan selepas memintas juara dunia tujuh kali Hamilton pada pusingan terakhir perlumbaan di tengah-tengah kekecohan mengenai isu tempoh kereta keselamatan lewat bermula.

Iklan
Iklan

Mercedes mengalu-alukan keputusan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) untuk menganalisis apa yang berlaku di Yas Marina sebagai rujukan pada masa depan.

"Kami akan memegang FIA yang bertanggungjawab untuk proses ini dan kami dengan ini menarik balik rayuan kami," kata pasukan itu.

Iklan
Iklan

Mercedes sebelum ini mengumumkan hasrat untuk merayu selepas dua protes selepas perlumbaan ditolak.