Lima pelajar direman bantu siasatan kes buli

Iklan
Pelajar terlibat dibawa ke Kompleks Mahkamah Muar untuk mendapatka perintah reman bagi membantu siasatan kes buli di sebuah sekolah menengah berasrama di Muar.

MUAR - Lima pelajar sekolah menengah direman pada Khamis hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes buli yang menyebabkan mangsa cedera dalam kejadian di sebuah sekolah menengah berasrama di daerah ini.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Analia Kamaruddin terhadap semua pelajar terbabit yang berusia 16 tahun di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan

Semua pelajar itu sebelum itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Muar di sini jam 9 pagi menggunakan trak polis sebelum keluar tiga jam kemudian.

Pada Rabu media melaporkan dua pelajar ditahan polis pada Selasa sebelum tiga lagi diberkas selepas dipercayai membuli seorang pelajar berusia 14 tahun hingga mangsa mengalami kecederaan bengkak di bahagian rusuk kiri.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Lima remaja lelaki ditahan, disyaki terlibat buli pelajar

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip dilaporkan berkata, siasatan mendapati mangsa dibuli kumpulan senior berkenaan pada 9 Disember lalu di sebuah sekolah menengah berasrama di daerah ini sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital.

Iklan

Menurutnya, siasatan lanjut kemudian mendapati kejadian berpunca daripada beberapa pelajar senior yang tidak berpuas hati dengan sikap mangsa dan rakan-rakannya.