Kes harian Covid-19 meningkat kepada 4,262

Iklan

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Kes harian positif Covid-19 mencatatkan peningkatan dengan 4,262 kes baharu dilaporkan pada Khamis berbanding 3,900 kes pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,707,402 kes.

Iklan
Iklan

"Daripada 4,262 kes harian yang dilaporkan pada hari ini (Khamis), sebanyak 78 kes (1.8 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

"Baki 4,184 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes harian itu, 36 kes merupakan kes import yang melibatkan 29 warganegara dan tujuh bukan warganegara.

Beliau berkata, kes tempatan pula melibatkan 4,226 kes iaitu 4,041 warganegara (95.6 peratus) dan 185 bukan warganegara (4.4 peratus).

Iklan

"Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) ialah 383 kes dengan 284 kes disahkan Covid-19 manakala 99 kes lagi disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

"Sebanyak 198 kes memerlukan bantuan pernafasan dengan 135 kes disahkan Covid-19 manakala 63 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan,” jelasnya.

Beliau menambah, sebanyak 4,985 kes sembuh pada Khamis menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh ialah 2,620,147.