Pelajar mengandung dirogol teman lelaki

Iklan
Mohamad Zainal

SERI ISKANDAR - Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun didapati mengandung 9 minggu selepas dirogol teman lelakinya, tahun lalu.

Perbuatan itu terbongkar ketika mangsa menerima rawatan di Hospital Seri Manjung selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kampung Gajah, semalam.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, laporan itu diterima daripada doktor di bahagian kecemasan hospital terbabit.

"Pemeriksaan dan rawatan mendapati mangsa yang masih bersekolah itu didapati telah mengandung dan terus membuat panggilan ke Balai Polis Seri Manjung,” katanya.

Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa mengenali suspek yang dikenali sebagai Jai melalui aplikasi WhatsApp sejak Oktober lalu.

"Sepanjang perkenalan, mangsa telah tiga kali dinoda oleh suspek berusia 18 tahun itu di dua rumah kosong berbeza di Changkat Lada dan Lambor Kanan.

Iklan

”Pegawai perubatan mendapati mangsa mengandung lebih kurang 9 minggu dan keadaan mangsa stabil tanpa ada kecederaan serius daripada kemalangan itu,” katanya.

Mohamad Zainal berkata, suspek berkenaan telah ditahan hari ini, untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Suspek telah direman selama tujuh hari. Kita turut merampas dua telefon bimbit jenama Oppo dan Vivo,” katanya.