97.4 peratus populasi dewasa Malaysia lengkap vaksinasi

Iklan
Seramai 25,529,153 individu atau 97.4 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Seramai 25,529,153 individu atau 97.4 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, seramai 23,110,692 individu atau 98.7 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Iklan
Iklan

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 86.7 peratus atau 2,729,919 telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,829,924 atau 89.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, sebanyak 168,716 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,246 dos pertama, 5,125 dos lengkap dan 159,345 dos penggalak.

Iklan
Iklan

Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 55,383,495 dos, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini 4,107,585. - Bernama