MAIWP digesa pulangkan RM6.5 juta bina Surau Ittifaqiyah

Iklan
Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) digesa untuk memulangkan wang bernilai RM6.5 juta bagi meneruskan pembinaan Surau Ittifaqiyah di Presint 8, Putrajaya.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata, ini kerana projek surau tersebut telah diluluskan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lagi, namun ditarik balik ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Iklan
Iklan

Menurutnya, acara pecah tanah dan sumbangan replika cek berjumlah RM6.5 juta juga telah dilakukan oleh Mantan Menteri Wilayah Persekutuan pada April 2018.

"Namun, pasca Barisan Nasional (BN - tewas), pentadbiran PH melalui MAIWP telah menarik balik kelulusan polisi projek ini, sehinggakan MAIWP telah membuat dasar baharu bahawa mereka tidak lagi akan menanggung 100 peratus kos pembinaan mana-mana surau.

Iklan
Iklan

"Dan ia akan menjadi tanggungan bersama iaitu 60:40. Untuk mencari dana sendiri sebanyak 60 peratus, adalah amat sukar dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.

"Kemana kah wang ini disalurkan? Hak tetap hak. Ia perlu dikembalikan kepada Putrajaya,” katanya ketika membahaskan berkaitan Bajet 2022 di Dewan Negara pada Rabu.