Reman majikan cabul pekerja dilanjut

Iklan
Tempoh tahanan reman suspek dilanjutkan dua hari lagi oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU - Tempoh tahanan reman seorang majikan yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes cabul pekerja wanitanya di dalam kereta, pada 9 Mac lalu dilanjutkan dua hari lagi.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/ Sesyen Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab Karim, mengeluarkan perintah tahanan reman itu terhadap suspek berusia 30-an, hari ini.

Iklan
Iklan

Tempoh reman itu disambung bagi membolehkan polis meneruskan siasatan lanjut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Dalam kejadian Sabtu lalu, kira-kira jam 10.15 malam, mangsa, 20, yang bekerja sebagai jurujual telah dihantar majikannya pulang ke rumah di Kuala Nerus dengan menaiki kereta.

Iklan

Menurut sumber, semasa dalam perjalanan, suspek ada bertanyakan ke mana lokasi yang selalu mangsa pergi sebelum membawa dia bersiar-siar di sekitar Pantai Teluk Ketapang, Gong Badak, Kuala Nerus.

"Ketika berada di dalam kereta, suspek dikatakan memegang tangan mangsa dengan alasan tangannya kesejukan sebelum cuba ditepis gadis itu tetapi semakin erat digenggamnya.

Iklan

"Selepas itu, suspek dikatakan merampas telefon bimbit dan beg duit yang diletak di atas paha mangsa sebelum sempat meraba dan menyentuh alat sulit mangsa," katanya.

Sumber berkata, suspek semakin berani apabila memaksa menggosok alat sulitnya sebelum mangsa bertindak berani memarahi dengan menengkingnya sekuat hati.

"Selepas ditengking, suspek tidak berani lagi menyentuh suspek dan terus menghantarnya pulang ke rumah," katanya.

Mangsa yang tidak berpuas hati diperlakukan sedemikian dan bimbang dengan keselamatan dirinya pada masa akan datang membuat laporan polis untuk tindakan.