Kantoi ceroboh hutan untuk bina rumah
Iklan
Sebuah jengkaut dirampas di kawasan hutan simpan itu.
LANGKAWI - Tindakan dua lelaki melakukan penebangan dan meratakan tanah secara haram di Kompartmen 5 Hutan Simpan Gunung Raya, di sini, untuk membina rumah membawa padah apabila mereka ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) semalam.
Timbalan Pengarah (Operasi) JPNK, Abd Ramli Izauyahhudin berkata, dua lelaki tempatan berusia 70 dan 40 tahun ditahan jam 10.30 pagi hasil maklumat dan risikan ketika sedang leka menebang dan meratakan tanah secara haram di kawasan itu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pihaknya mendapati aktiviti penebangan dan meratakan tanah secara haram dilakukan lelaki warga emas bersama pekerja upahannya itu sejak minggu lepas.
"Siasatan awal mendapati kedua suspek terlibat melakukan aktiviti tebangan pokok, penerokaan dan pembersihan kawasan dalam hutan simpan itu dipercayai bagi tujuan mendirikan rumah.
Iklan
Dianggarkan pokok di kawasan tanah seluas lebih kurang 0.3 hektar dibersihkan dan ditebang tanpa kebenaran itu membabitkan kerugian kira-kira RM50,000," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, pasukan penguatkuasa menyita dan merampas sebuah jengkaut yang digunakan bagi menjalankan aktiviti tersebut.
Iklan
Menurutnya, kesemua suspek di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi dan satu laporan polis dibuat bagi tujuan siasatan lanjut oleh JPNK.
"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 81(1)(b) Akta Perhutanan Negara 1985 kerana menebang pokok yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Katanya, kedua suspek turut disiasat mengikut Seksyen 81(1)(g) kerana menceroboh hutan kekal dan Seksyen 47(1) akta yang sama iaitu memasuki hutan tanpa kebenaran yang boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
Menurutnya, pihaknya melakukan siasatan mengikut Seksyen 50(1) kerana menggunakan kenderaan bermotor di dalam hutan yang jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kakak minta naik Menara Alor Setar walaupun matanya sudah tidak nampak sepenuhnya'"><meta itemprop="description" content="Derita akibat kanser otak yang menyebabkan penglihatannya terjejas dan tidak lagi mampu berjalan tidak menghalang Nur Iman Syamimi Muhammad Shauki, 14, menikmati suasana di Sky View Menara Alor Setar.
Impian remaja itu menjadi kenyataan apabila dia dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) bersama ibu bapanya dan dua adik, berkunjung ke menara berkenaan pada malam Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794930/edisi/utara/kakak-minta-naik-menara-alor-setar-walaupun-matanya-sudah-tidak-nampak-sepenuhnya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PejuangKanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T07:40:22.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/e5Z7Q1gdHZdTVXzwC/x1080"><meta itemprop="duration" content="P153S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4exne"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4exne"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4exne"></script>