Slogan UMNO-Pas bikin orang Islam terancam

Iklan
Khalid Abdul Samad

KUALA LUMPUR - Seruan yang digunakan dalam kerjasama rasmi antara UMNO dan Pas iaitu penyatuan orang Melayu dan Islam menyebabkan orang bukan Islam merasa terancam dan bahaya.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, ungkapan-ungkapan tersebut telah memberi gambaran kepada orang bukan Islam bahawa penyatuan dua parti itu berasaskan kebencian terhadap mereka.

Iklan
Iklan

"Mereka sendiri yang mewujudkan suasana dengan menggunakan ungkapan negara bahaya, terancam oleh orang bukan Islam maka menyeru menyatukan Melayu dan Islam.

"Kalau mereka menggunakan seruan sedemikian, tak salah bagi orang bukan Islam menganggap ia satu kesatuan yang berasaskan kebencian terhadap bukan Islam,” katanya ketika ditemui media kepada di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Iklan

Khalid berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mengenai kerjasama UMNO dengan Pas akan memecahbelahkan rakyat.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kenyataan Guan Eng, Kor Ming ancam perpaduan negara'

Iklan