97.3 peratus populasi dewasa di Malaysia lengkap vaksinasi
Iklan
KUALA LUMPUR - Seramai 25,515,074 individu atau 97.3 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat jam 11.59 malam Selasa.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman CovidNow, sebanyak 98.6 peratus atau 23,102,672 golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.