EPL catat rekod 42 kes positif Covid-19

Iklan
42 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

LIGA Perdana Inggeris semalam melaporkan 42 kes baharu Covid-19 yang merupakan jumlah tertinggi mingguan sejak angka ujian mula dikeluarkan pada Mei 2020.

Sebanyak 12 kes Covid-19 dilaporkan minggu lepas dengan virus itu telah menular ke beberapa kelab termasuk Manchester United yang menyaksikan perlawanan mereka menentang Brentford pada Rabu terpaksa ditunda.

Iklan
Iklan

"Dalam tempoh Isnin 6 Disember sehingga Ahad 12 Disember, seramai 3,805 pemain dan staf telah melakukan ujian saringan Covid-19. Daripada jumlah ini terdapat 42 kes baharu positif Covid-19 dikesan.

"Kelab sudah diberikan arahan untuk melaksanakan pendekatan kecemasan, termasuk memakai pelitup muka, melakukan jarak sosial dan mengurangkan tempoh rawatan berikutan sekatan ketat Covid-19 di England," kata Liga Perdana dalam satu kenyataan.

Iklan

Dalam pada itu, badan pengelola liga itu turut mengumumkan bahawa mereka akan meningkatkan ujian PCR Covid-19 terhadap pemain dan staf pasukan susulan kebimbangan terhadap penularan varian Omicron.

"Keselamatan setiap orang adalah keutamaan dan Liga Perdana mengambil semua langkah berjaga-jaga berikutan pertambahan kes Covid-19 di seluruh negara.

Iklan

"Kami akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan dan semua pihak terlibat serta akan segera bertindak balas terhadap perubahan pada masa depan dalam peraturan kebangsaan dan tempatan," katanya.