Liew Daren mula langkah kanan di Kejuaraan Dunia
Iklan
LIEW Daren menepati ramalan apabila mengesahkan tempat ke pusingan kedua Kejuaraan Dunia di Huelva, Sepanyol pada Isnin selepas menewaskan pemain Israel, Misha Zilberman 21-14, 21-14 dalam aksi pusingan pertama.
Pemain perseorangan lelaki profesional negara yang berkedudukan ranking ke-36 dunia itu tidak berdepan masalah untuk menundukkan lawan dalam perlawanan yang berlangsung selama 39 minit.