Kes harian Covid-19 rekod 3,504 hari ini

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Sebanyak 97.8 peratus atau 3,428 kes daripada keseluruhan 3,504 kes baharu Covid-19 yang dilapor hari ini adalah kategori satu dan dua, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, baki 76 kes baharu atau 2.2 peratus merupakan kategori tiga, empat dan lima.

Iklan
Iklan

Dalam kenyataan mengenai situasi semasa Covid-19 pada Isnin, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 408 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 206 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Kes sembuh yang dilapor hari ini (Isnin) adalah 4,401 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini 2,606,309,” katanya.

Iklan

Menurutnya enam kluster baharu dikenal pasti sekali gus menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 246 daripada keseluruhan 6,043.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, perincian nilai RT setakat 12 Dis mengikut negeri menyaksikan Melaka mencatatkan nilai tertinggi sebanyak 1.02, diikuti Negeri Sembilan dan Pulau Pinang masing-masing 1.01, serta Pahang (1.00).

Iklan

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan Covid-19 akan dimuat naik ke laman web CovidNow di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari. - Bernama