PM Jepun dakwa tidur lena tanpa diganggu hantu

Iklan
Fumio Kishida - Foto AFP

TOKYO - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida pada Isnin mendakwa beliau tidur lena selepas menjadi pemimpin pertama dalam tempoh sembilan tahun mendiami kediaman rasmi Perdana Menteri yang sebelum ini didakwa berhantu.

Kediaman itu yang terletak di pusat bandar raya Tokyo tidak didiami semasa Yoshihide Suga dan Shinzo Abe memegang jawatan tersebut sebelum Kishida.

Iklan
Iklan

Ia merupakan lokasi percubaan rampasan kuasa yang berlaku pada tahun 1936 membabitkan beberapa pegawai kanan termasuk seorang Menteri Kewangan telah dibunuh oleh pegawai tentera.

Selama bertahun-tahun, beberapa orang yang terlibat dalam insiden itu dilaporkan menghantui kediaman tersebut tetapi Kishida mendakwa berasa segar selepas malam pertama beliau tidur di kediaman tersebut.

Iklan

"Saya tidur lena," katanya kepada pemberita yang bertanya sama ada beliau telah melihat mana-mana hantu di kediaman itu.

"Saya belum nampak apa-apa lagi," katanya seperti dilaporkan oleh AFP. - Agensi

Iklan