Turki lapor kes pertama varian Omicron

Iklan
Turki pada Sabtu melaporkan enam kes pertama Covid-19 varian Omicron. Foto 123RF

ANKARA - Turki pada Sabtu melaporkan enam kes pertama Covid-19 varian Omicron.

Menteri Kesihatan Fahrettin Koca mengesahkan mengenai perkara itu pada sidang parlimen.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kes itu dilaporkan di Istanbul dan wilayah Izmir, lapor Agensi Anadolu.

"Mereka adalah pesakit luar yang tidak mempunyai sebarang masalah dan mempunyai gejala yang sangat ringan," katanya.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Koca tidak memberikan butiran lanjut bagaimana mereka dijangkiti varian itu. - Bernama