KUALA LUMPUR - Kaunter pembayaran saman sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini telah ditutup pada petang Jumaat bagi mengelakkan kesesakan orang ramai.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kaunter itu juga ditutup kerana tiada penjarakan fizikal dan keadaan yang sukar dikawal serta berisiko kepada berlaku penularan jangkitan Covid-19.