Jalan Simpang Pulai-Blue Valley dibuka apabila selamat sepenuhnya
Iklan
KAMPAR - Jalan Simpang Pulai-Blue Valley yang ditutup sementara waktu berikutan insiden tanah runtuh minggu lepas akan dibuka semula selepas Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati kawasan itu selamat sepenuhnya untuk dilalui semua jenis kenderaan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ketika ini kerja-kerja pembersihan dan pembaikan sedang giat dijalankan dan proses pembaikan perlu dibuat secara berhati-hati bagi mengelakkan runtuhan berulang.