Yakult anjur perlawanan bola sepak amal bantu MSDEAF

Iklan
Hiroshi Hamada (lima dari kiri) bersama sebahagian penaja utama perlawanan bola sepak amal antara Pasukan Harimau Pekak Malaysia dan Pasukan Yakult All Stars yang akan diadakan pada 11 Disember depan.

SHAH ALAM - Yakult Malaysia (Yakult) akan menganjurkan perlawanan bola sepak amal yang akan melibatkan pemain bola sepak kebangsaan negara untuk membantu Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDEAF) mengumpul dana bagi pembangunan sukan tahun 2022.

Yakult dalam satu kenyataan berkata, perlawanan amal itu adalah antara Pasukan Harimau Pekak Malaysia dan Pasukan Yakult All Stars yang akan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur bermula pada jam 4.30 petang, 11 Disember 2021.

Iklan
Iklan

"Pasukan Yakult All Stars ini akan melibatkan ramai nama-nama besar bola sepak Malaysia seperti Indra Putra Mahayuddin, Zaquan Adha, Syed Adney, Baddrol Bakhtiar, Faiz Subri, Azmi Muslim, Shukor Adan, Norshahrul Idlan Talaha, Nurshamil Abdul Ghani, Razman Roslan dan Azmeer Yusof.

"Turut bersama dalam pasukan Yakult All Stars ialah pemain legenda bola sepak Jepun, Masashi Motoyama dan beberapa pemain Jepun yang beraksi di Liga Malaysia yang lain seperti Yuta Suzuki, Yuki Tanigawa, Akira Higashiyama, Shuhei Fukai serta Bruno Suzuki,” jelas kenyataan itu.

Iklan

Menurut kenyataan itu, kejohanan tersebut telah mendapat sokongan Majlis Sukan Negara dan perhatian daripada banyak syarikat terkemuka Jepun yang berada di Malaysia untuk menyumbang selaku penaja utama kejohanan ini seperti syarikat Panasonic, Matsuoka Projects, Ajinomoto, Mitsui & Co dan Mitsui Fudosan.

www.yakult.com.my.

Iklan