Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pagi ini
Iklan
KUALA LUMPUR - Nilai ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS ketika dibuka untuk urus niaga pagi Khamis selepas kebimbangan terhadap varian Omicron mereda, kata seorang peniaga.
Pada 9 pagi, nilai mata wang tempatan meningkat kepada 4.2160/2185 berbanding dolar AS daripada 4.2240/2260 pada penutupan hari sebelumnya.