Kes Covid-19 global hampir 268 juta, kematian 5.28 juta

Iklan
Lebih 600,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas di seluruh dunia.

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini menghampiri 268 juta, berikutan lebih 600,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 49.5 juta kes.

Iklan
Iklan

Ini diikuti India dengan lebih 34.6 juta kes dan Brazil dengan lebih 22.1 juta kes.

United Kingdom catat lebih 10 juta kes dan Rusia kini catat lebih 9 juta kes manakala Turki menghampiri jumlah tersebut.

Iklan

Perancis pula mencatatkan lebih 8 juta kes, sementara Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.

Iklan

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.6 juta kes dan Thailand dengan 2.1 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 271,000 kes.

Awani