Hospital Labuan berjaya lakukan pembedahan katarak

Iklan
Gambar hiasan

LABUAN - Penduduk Labuan kini tidak lagi perlu pergi ke Sabah ataupun Semenanjung Malaysia, jika mereka memerlukan untuk menjalani pembedahan katarak.

Ini berikutan pembedahan katarak yang pertama dilakukan di Hospital Nekleus Labuan pada Selasa yang melibatkan lapan pesakit, berjaya mencapai kejayaan 100 peratus.

Iklan
Iklan

Pengarah Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, perkara ini kini boleh dilakukan berikutan pemasangan mesin phacoemulsification bernilai RM500,000 di hospital berkenaan sejak tahun lalu dengan pembedahan mula dilakukan bulan ini.

"Kita sudah boleh melakukan pembedahan katarak sejak ia siap dipasang tahun lepas, tetapi akibat pandemik Covid-19, yang melanda pulau ini dengan teruk, hanya mulai bulan ini sahaja kita boleh mulakan,” katanya pada Rabu.

Iklan

Pembedahan katarak yang juga dipanggil pembedahan penukaran lensa, adalah pembedahan membuang lensa asal mata yang telah berlaku opasifikasi, yang dipanggil sebagai katarak dan menggantikannya dengan lensa intraokular.

Dr Ismuni berkata, ahli oftalmologi (bersama pasukan perubatannya) telah ditempatkan di jabatan oftalmologi Hospital Labuan untuk pembedahan katarak.

Iklan

Beliau berkata, pihaknya juga sedang berusaha untuk membawa lebih banyak kemudahan perubatan termasuk untuk rawatan kimoterapi dan otolaringologi (rawatan berkaitan masalah melibatkan telinga, hidung dan tekak). - Bernama