Bank Rakyat diiktiraf syarikat terbaik tahunan

Iklan
Nizam (tengah) mewakili Syed Abdul Aziz menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh R. Rajendran dan Seng Chee pada majlis itu yang diadakan di Kuala Lumpur.

BANK Rakyat berjaya merangkul anugerah kategori Syarikat Terbaik Tahunan bagi Kecemerlangan dalam Pemerkasaan Sosial di Anugerah Kelestarian dan CSR Malaysia 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan berkata, Bank Rakyat menghargai pengiktirafan daripada CSR Malaysia 2021 yang melihat hasil positif terhadap pelaksanaan inisiatif jangkauan komuniti Bank Rakyat seperti program Nuri Nutrisi yang dilancarkan sejak 2019.

Iklan
Iklan

Menurutnya, program yang bertujuan untuk mencorakkan kehidupan lestari masyarakat setempat itu dilaksanakan menerusi pelbagai inisiatif bagi meningkatkan status nutrisi pelajar B40, di samping menjaga keperluan masyarakat yang memerlukan.

"Sepanjang tempoh hampir tiga tahun pelaksanaannya, sebanyak 60 sekolah, 15 universiti dan 20,000 penerima mendapat manfaat daripada program Nuri Nutrisi tersebut.

Iklan

"Kebun Nuri Nutrisi yang merupakan salah satu program di bawah program Nuri Nutrisi ini memberi peluang kepada pelajar dan sekolah menguruskan tanaman sayuran dan buah-buahan yang hasilnya dapat dituai untuk dijual dan dijadikan sumber makanan bernutrisi secara berterusan oleh pelajar B40.

Program ini juga secara tidak langsung dapat memberi pendedahan tentang asas perniagaan pertanian dan keusahawanan kepada pelajar,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, Bank Rakyat turut menyemarakkan inisiatif jangkauan komunitinya dengan menumpukan kepada usahawan yang memerlukan sokongan dan bantuan seperti RAKYATpreneur dan Program Rintis UNIpreneur, sekali gus membantu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam membantu golongan sasarnya.

"Menerusi RAKYATpreneur, 200 usahawan yang berpotensi dibantu melalui penyediaan dana perniagaan termasuk modul latihan dan bimbingan dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan mereka.

Program Rintis UNIpreneur dengan kerjasama 10 institusi pengajian tinggi (IPT) pula diperkenalkan khusus untuk membantu 100 usahawan siswa mengembangkan perniagaan mereka dan kesemua peserta tersebut merupakan usahawan asnaf.

Anugerah itu merupakan anugerah kedua pada tahun ini yang diterima Bank Rakyat bagi insiatif CSR selepas meraih anugerah 'Kecemerlangan dalam CSR' pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera 2021 (BBEA 2021) baru-baru ini.

Anugerah Kelestarian dan CSR Malaysia 2021 diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada organisasi di Malaysia yang cemerlang dalam arena kemampanan dan tanggungjawab sosial korporat.

Anugerah Syarikat Terbaik Tahunan bagi Kecemerlangan dalam Pemerkasaan Sosial itu disampaikan oleh, Ketua Pegawai Eksekutif RHA Media, Datuk R Rajendran dan Editor Urusan CSR Malaysia, Lee Seng Chee kepada Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani yang mewakili Syed Abdul Aziz di Kuala Lumpur.