86.6 peratus populasi remaja Malaysia lengkap vaksin
Iklan
KUALA LUMPUR - Seramai 2,726,684 individu atau 86.6 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat jam 11.59 malam Selasa.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman CovidNow, seramai 2,833,870 individu atau 90 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.