Tayar Hiasan

Iklan


Sejajar dengan Visi Penang 2030 ke arah menjadi Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil inisiatif mewujudkan ruangan interaktif melalui Projek Upcycle di tempat lapang Pasar Kampung Baru Air Itam Jalan Air Itam.

Bertemakan ‘Habibat’, pihak berkuasa tempatan menghasilkan kreativiti dengan menjadikan bahan kitar semula sebagai bahan pameran yang menarik.

Antara barang buangan yang digunakan ialah botol plastik, tayar, tin, kasut, kayu dan sebagainya.

Orang ramai dapat menjadikan pameran tersebut sebagai teladan dan pada masa sama mengamalkan konsep kitar semula 3R iaitu ‘Reduce, Reuse, Recycle. - Foto Bernama