Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat kekal 25 orang

Iklan
Mangsa ditempatkan di PPS Pusat Latihan Pemimpin Muda (Pulapem) sejak jam 9 malam Ahad.

BATU PAHAT - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah ini sehingga jam 4 petang Isnin masih kekal 25 orang daripada empat keluarga berikutan fenomena air pasang besar.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyananthan berkata, kesemua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pusat Latihan Pemimpin Muda (Pulapem) sejak jam 9 malam Ahad.