Covid-19: Kes turun lagi kepada 4,298

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 4,262 kes baharu positif Covid-19 pada Isnin membabitkan 4,247 atau 97.1 peratus adalah rakyat tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes itu turut merekodkan 15 kes import dan jumlah terkumpul kes positif adalah 2,663,034 kes.

Iklan
Iklan

Menurutnya, daripada jumlah kes harian yang dilaporkan, sebanyak 78 kes adalah kategori tiga hingga lima dan 4,184 kes lagi daripada kategori satu dan dua.

"Sebanyak 463 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 249 pesakit memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan.

Iklan

Beliau berkata, KKM turut merekodkan 5,894 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif 2,572,053 kes.

"Lima kluster baharu Covid-19 dikenalpasti dengan jumlah keseluruhannya adalah 5,983.

Iklan

"Daripada jumlah itu, sebanyak 5,749 telah diisytiharkan tamat manakala 234 lagi masih aktif," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan negara mencatatkan 0.98.

"Empat negeri merekodkan Rt tertinggi adalah Perlis (1.12), Melaka (1.04), Perak (1.01) dan Kedah (1.0).

"Labuan, Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang pula masing-masing mencatatkan bacaan 0.99. Negeri-negeri lain adalah pada kadar 0.93 hingga 0.97 dan Sarawak merekodkan Rt terendah, 0.72," katanya.