Air pasang besar: 25 penduduk dipindahkan ke PPS
Iklan
KLUANG - Seramai 25 penduduk dari empat buah keluarga di Kampung Sungai Kluang Laut di sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) apabila rumah mereka dilanda banjir kilat ekoran fenomena air pasang besar, pada malam Ahad.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, mereka ditempatkan di PPS di Pusat Latihan Pemimpin Muda (Pulapem) yang dibuka pada jam 9 malam.