Hujan lebat berterusan di Kelantan, Terengganu sehingga esok
Iklan
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap Jingga dengan jangkaan hujan lebat berterusan di Kelantan dan Terengganu sehingga 4 Disember.
MetMalaysia dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, hujan lebat berterusan di Kelantan dijangka berlaku di kawasan seperti Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai manakala di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.