SHAH ALAM - Barisan pengurusan tertinggi baharu Jabatan Kastam Diraja Malaysia digesa berkhidmat dengan amanah selepas menerima watikah pelantikan di Ibu Pejabat Kastam, Putrajaya pada Khamis.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, sebagai sebuah jabatan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara, warga kastam perlu sentiasa mengemaskan diri dengan budaya integriti yang mantap.