Ancaman Omicron masih belum jelas

Iklan
Ujian saringan ketat kini dilakukan ke atas pengembara antarabangsa di pintu masuk kebanyakan negara. - Foto: Agensi

SYDNEY - Tiada bukti menunjukkan varian Omicron lebih berbahaya berbanding strain lain.

Kenyataan itu dikeluarkan Ketua Pegawai Perubatan Australia, Profesor Paul Kelly selepas kebimbangan semakin meningkat terhadap ancaman virus bermutasi itu yang didakwa lebih mudah menular dan bakal menggantikan Delta sebagai varian dominan.

Iklan
Iklan

"Kebanyakan daripada lebih 300 kes yang didiagnos mengalami gejala sangat ringan malah ada yang asimptomatik. Sebahagian besar kes melibatkan pengembara dari negara Afrika yang sudah menerima dos lengkap.

"Dalam kalangan mereka, tiada penyakit teruk dilaporkan. Oleh itu, kita perlu tunggu dan lihat serta mengumpulkan lebih banyak maklumat menerusi kajian lanjut terhadap varian B.1.1.529 tersebut," ujarnya.

Iklan

Menurutnya, tiada bukti juga menunjukkan vaksin Covid-19 sedia ada tidak efektif terhadap Omicron yang ditakrifkan sebagai varian yang membimbangkan (VOC) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada minggu lalu.

Difahamkan, Australia telah merekodkan tujuh kes varian Omicron dan dua daripadanya ialah kes komuniti.

Iklan

Ketika ini, kerajaan persekutuan telah menggesa pemerintah negeri supaya tidak melaksanakan semula langkah 'lockdown' dan hanya mengambil langkah berjaga-jaga sehingga data terperinci mengenai kebolehjangkitan dan tahap sebenar ancaman Omicron diperoleh.

Australia turut menangguhkan rancangan pembukaan semula sempadan negara itu setelah lebih 50 negara mengetatkan sekatan di sempadan bagi membendung penularan varian baharu tersebut yang masih misteri hingga kini. - Agensi