Covid-19: Meningkat lagi, 5,806 kes baharu

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- [DIKEMAS KINI] Kes baharu Covid-19 terus meningkat lagi kepada 5,806 kes berbanding 5,439 pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes tersebut menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,644,027 kes.

Iklan
Iklan

Sementara itu, terdapat 62,253 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 50,358 individu atau 80.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Iklan

Seramai 6,346 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 5,038 kes dirawat di hospital dan 511 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Iklan

Kes ICU membabitkan 245 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 266 lagi memerlukan mesin ventilator.