Tel Aviv bandar raya paling mahal untuk didiami di dunia

Iklan
Tel Aviv sebuah bandar raya di Israel dinamakan sebagai bandar raya paling mahal di dunia untuk didiami, ketika kos hidup semakin tinggi di seluruh dunia.
TEL AVIV, sebuah bandar raya di Israel dinamakan sebagai bandar raya paling mahal di dunia untuk didiami, ketika kos hidup semakin tinggi di seluruh dunia.

Bandar raya itu muncul kali pertama dalam hasil tinjauan Economist Intelligence Unit (EIU), naik lima anak tangga berbanding tahun lalu sekali gus meletakkan Paris dan Singapura berkongsi tempat di tangga kedua.

Manakala Damsyik, ibu kota Syria mengekalkan kedudukannya sebagai bandar yang paling murah untuk didiami pada tahun ini.

Iklan
Iklan

Tel Aviv berada di kedudukan itu kerana sebahagiannya disebabkan oleh kekuatan mata wang negaranya iaitu shekel, berbanding dolar, selain faktor kenaikan harga pengangkutan dan barangan runcit.

Tinjauan daripada EIU turut mendapati Tel Aviv adalah bandar raya kedua termahal bagi penjualan alkohol dan pengangkutan, kelima untuk barangan penjagaan diri, dan keenam untuk rekreasi.

Iklan

Pengangkutan telah menyaksikan kenaikan harga terbesar, dengan kos seliter petrol naik sebanyak 21 peratus secara purata.

Data bagi tahun ini dikumpul pada Ogos dan September lalu, ketika harga barang dan komoditi meningkat dan menunjukkan secara purata harga meningkat 3.5 peratus dalam mata wang tempatan, iaitu kadar inflasi terpantas direkodkan dalam tempoh lima tahun lalu.

Iklan

Ketua Sara Hidup Seluruh Dunia EIU, Upasana Dutt, berkata sekatan sosial akibat pandemik Covid-19 telah mengganggu bekalan barangan dan membawa kepada kekurangan (bekalan) dan harga yang lebih tinggi.

Pada tahun lalu, Zurich, Paris dan Hong Kong berkongsi kedudukan di tempat pertama sebagai bandar raya paling mahal di dunia. - Awani