Senator Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilantik Pengerusi LPU Usim
Iklan
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
NILAI - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu bagi tempoh tiga tahun, berkuat kuasa hari ini hingga 30 November 2024.
USIM dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, pelantikan Zulkifli sebagai Pengerusi LPU USIM dipersetujui Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang mengambil kira kepimpinan dan pengalaman luas beliau dalam bidang agama, akademik dan pentadbiran.
Iklan
Iklan
"Pengurusan universiti mengucapkan tahniah kepada Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri atas pelantikan tersebut dan percaya dengan kepimpinan serta pengalaman luas yang dimiliki beliau akan membawa USIM terus ke hadapan sebagai peneraju institusi pengajian tinggi (IPT) yang berteraskan integrasi ilmu ‘naqli' dan ilmu 'aqli'," menurut kenyataan itu pada Rabu.
Zulkifli dilahirkan di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu pada 16 Januari 1969 dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah pada 1993.
Iklan
Beliau kemudian menyambung pengajian di peringkat sarjana juga dalam bidang yang sama di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di Damsyik, Syria (1994-1997), seterusnya memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang fatwa dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 2004.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-Undang di USIM dari 2006 hingga 2008 dan merupakan panel penasihat di fakulti yang sama sejak 2013 sehingga kini.
Iklan
Zulkifli yang juga Senator Dewan Negara, masih aktif dalam bidang penulisan dan membentangkan kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa selain sehingga kini telah menulis lebih 300 buah buku meliputi pelbagai bidang dalam Pengajian Islam. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>