Tertuduh kanak-kanak mengadu didera fizikal, seksual

Iklan

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Penama ketiga dalam kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, yang ditahan di Asrama Sentosa Sentul mengadu didera secara fizikal dan seksual sejak diletakkan di situ, minggu lalu.

Perkara itu didedahkan oleh peguam, Hisham Teh Pok Teik pada prosiding di Mahkamah Tinggi hari ini.

Iklan
Iklan

Justeru Hisham memohon mahkamah mengeluarkan arahan agar anak guamnya diletakkan bersama penama kedua yang berusia 16 di Sekolah Koreksional Puncak Alam.

Sementara itu, Peguam Salim Bashir memohon mahkamah mengeluarkan arahan secara terus kepada pihak pendakwa raya dan warden demi keselamatan tertuduh tersebut.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Jamil Aripin bagaimana pun membantah permohonan itu atas alasan kedua-dua remaja berkenaan diasingkan mengikut peringkat umur.

Hakim, Datuk Ab Karim Ab Rahman memerintah pihak pembelaan membuat permohonan rasmi.

Iklan

"Saya tidak dapat membuat keputusan berdasarkan aduan semata-mata," katanya.

Terdahulu, suasana di dalam mahkamah bertukar hiba apabila tertuduh pertama, Samirah Muzzafar menangis memeluk kedua-dua tertuduh itu.

Ahli keluarga terdekat termasuk bapanya, Dr Chandra Muzaffar Shah yang juga penganalisis politik turut hadir. Masing-masing menangis dan berpelukan sebaik tertuduh pertama dan dua remaja berkenaan dibawa masuk ke dalam galeri awam.